Trump Didakwa Cuba Tipu

330

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump didakwa mengarahkan pegawai tertinggi pilihan raya Georgia untuk ‘mencari undian yang mencukupi’ bagi mengubah keputusan pilihan raya.

“Saya hanya mahu mencari 11,780 undian,” ujar Trump memberitahu Setiausaha Negara Republikan, Brad Raffensperger dalam satu rakaman yang dikeluarkan oleh Washington Post.

Menerusi rakaman itu, Raffensperger menjawab keputusan pilihan raya Georgia adalah tepat.

Berdasarkan rakaman tersebut lagi, Trump mengugut Raffensperger bakal berdepan tindakan undang-undang sekiranya beliau enggan menyiasat ‘penipuan’ berkenaan.

“Kamu tahu apa yang mereka lakukan dan anda tidak melaporkannya. Itu kesalahan jenayah. Anda tidak boleh membenarkan perkara itu berlaku. Itu adalah satu risiko besar buat anda dan peguam anda.

“Kamu boleh menelitinya semula tetapi menelitinya semula dengan mereka yang mahu mencari jawapan, bukan dengan mereka yang tidak mahu mencari jawapan,” kata Trump dalam rakaman terbabit.

Sejak keputusan pilihan raya berpihak kepada Joe Biden, Trump sering mendakwa wujud unsur penipuan tanpa memberikan sebarang bukti.

Kesemua 50 negeri mengesahkan keputusan pilihan raya selepas beberapa negeri melakukan kiraan semula dan rayuan undang-udang. Sehingga kini, mahkamah AS menolak 60 bantahan terhadap kemenangan Biden.

Kongres dijangka meluluskan secara rasmi keputusan pilihan raya pada 6 Januari ini. Biden akan mengangkat sumpah sebagai Presiden pada 20 Januari kelak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat