Trump Didakwa Sebagai Presiden Pertama Yang Memecah Belahkan Rakyat!

877

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Jim Mattis, yang merupakan bekas Ketua Pentagon telah mendakwa bahawa Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menjadi punca kepada pepecahan rakyat negara tersebut. Malah presiden berkenaan dikhabarkan gagal mempamerkan sebuah sistem pentadbiran yang matang berikutan dengan kekecohan yang berlaku di negara itu. Hal ini demikian kerana pembunuhan seorang rakyat Amerika Syarikat berkulit hitam, George Floyd pada 25 Mei yang lalu.

Untuk pengetahuan semua, Jim Mattis telah bertindak untuk melepaskan jawatannya pada Disember 2018 akibat tidak berpuas hati dengan arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin negara kuasa besar itu untuk tentera AS berundur sepenuhnya dari Syria. Kini, Jim Mattis menjadi salah seorang penyokong kepada demonstrasi anti perkauman di negara tersebut.

Tambah Jim Mattis lagi, beliau pertama kali melihat seorang presiden yang tidak mahu menyatukan sebaliknya mendorong ke arah pepecahan rakyat. Selain itu, beliau mendedahkan bahawa Amerika Syarikat sedang berdepan dengan impak buruk akibat daripada pemerintahan tidak matang selama 3 tahun.

Di samping itu, beliau turut menzahirkan rasa marah dan terkejut dengan tindakan pemimpin Amerika Syarikat itu yang sanggup untuk menggunakan kuasa ketenteraaan di seluruh negara itu jika aktiviti tunjuk perasaan semakin mengganas.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat