Trump Kecewa Terhadap Keputusan Mesyuarat FOMC

735

Pergerakan pasaran pada dagangan Khamis berkisar tentang keputusan mesyuarat FOMC awal pagi tadi dengan penurunan kadar oleh Federal Reserve buat pertama kali dalam tempoh sedekad namun kenyataan susulan agak mengejutkan pasaran.

Berdasarkan keputusan mesyuarat FOMC, Fed telah menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 2.25%. Namun, Pengerusi Fed Jerome Powell dalam ucapannya pada sidang media menjelaskan bahawa tindakan penurunan kadar adalah bertujuan untuk pelarasan dalam kitaran semasa, dan bukannya ke arah lanjutan pelonggaran polisi.

Kenyataan tersebut telah membuatkan dagangan dolar USD kembali melonjak dalam pasaran berbanding matawang utama yang lain di mana indeks dolar Amerika Syarikat yang mengukur nilai matawang USD telah melonjak ke paras tertinggi sejak Mei 2017.

Turut menarik perhatian pelabur adalah luahan kekecewaan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang sejak dahulu lagi tidak menyenangi tindakan pelaksanaan oleh bank pusat.

Berhubung keputusan mesyuarat FOMC, Donald Trump mempersoalkan berkenaan perlunya pelonggaran polisi yang lebih agresif oleh Fed di mana beliau sebelum ini mengharapkan penurunan kadar sehingga 50 mata asas.

Menerusi kenyataan yang ditulis pada akaun rasmi media sosial Twitter, Trump meluahkan kekecewaan terhadap Jerome Powell. Menurutnya, Fed tidak sepatutnya mengetatkan polisi dan mereka mengambil yang lama untuk memperbetulkan kesilapan yang dibuat sejak Disember tahun lalu.

Trump mengatakan pasaran mengharapkan keputusan daripada bank pusat adalah permulaan ke arah kitaran pelonggaran polisi dalam usaha untuk mengekalkan rentak persaingan bersama China, Kesatuan Eropah dan negara-negara lain. Namun, sebaliknya keputusan adalah mengecewakan sama sekali.

Jerome Powell menyatakan bahawa beliau jelas di mana pendirian bank pusat dalam tindakan penetapan kadar. Selepas pengumuman penurunan kadar, beliau berkata besar berkemungkinan Fed tidak berhasrat untuk kembali menaikkan kadar dalam kitaran semasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat