Trump Kesal Tidak Naikkan Tarif Import Lebih Tinggi

337

Presiden AS, Donald Trump melalui jurucakap wanitanya berkata beliau meluahkan rasa kecewa kerana tidak memilih untuk menaikkan tarif import dari China ke satu kadar yang lebih tinggi. Kini Trump bercadang untuk mengenakan tarif baru yang dijangka bakal melibatkan nilai ratusan bilion terhadap barangan import dari China.

Trump memilih untuk menaikkan tarif kepada 15% berbanding 10% sebelum ini bagi barangan import yang bernilai $300 bilion yang berkuatkuasa 1 September ini manakala tarif untuk barangan import tambahan yang bernilai $250 bilion akan dikenakan tarif baru iaitu 30% berbanding 25% sebelum ini. Tarif baru ini akan berkuatkuasa pada 1 Oktober.

Perusahaan dari Amerika seharusnya mula mencari alternatif baru kepada China termasuklah memindahkan semula syarikat mereka ke AS dan menghasilkan produk di negara sendiri. Hal ini bagi memberi tindak balas terhadap China yang turut menaikkan tarif kepada $75 bilion bagi nilai barangan eksport AS ke negara itu.

Perang dagangan yang berlarutan ini menjejaskan pasaran saham AS dimana Wall Street ditutup rendah pada Jumaat lalu. Indeks Dow Jones mencatatkan penurunan sebanyak 623.30 mata kepada 25,628.90 mata. S&P 500 pula jatuh 75.84 mata kepada 2,847.11 mata manakala Nasdaq turun 239.62 mata kepada 7,751.77 mata.

Beberapa barangan yang terdapat dalam senarai kenaikan tarif pernah mengalami kenaikan sebelum ini dan hanya bernilai $11 bilion daripada eksport AS ke China yang berjumlah $75 bilion.

Kebanyakan tarif tertumpu kepada minyak mentah yang bakal dikenakan cukai untuk kali pertama. Tarif ini hanya memberi kesan kira-kira hanya 6% berbanding peratusan cukai yang lebih tinggi dikenakan terhadap barang import China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat