Trump Kini Mengancam Mexico – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

1,174

Pada hari ini, pasaran dikejutkan dengan tindakan terbaru Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengancam Mexico dengan penggenaan tarif sebanyak 5% ke atas semua barangan Mexico mulai 10 Jun ini dan ia berkemungkinan akan naik sehingga 25% pada 1 Oktober.

Dalam kenyataan berlainan, Trump malah menyalahkan Mexico kerana tidak mampu menghentikan isu pendatang haram ke Amerika. “Mexico tidak melayan kita dengan adil” -kata Trump.

Bursa saham pasaran hadapan Dow Jones YM00 jatuh 1.27%, Bursa pasaran hadapan S&P 500 dan Nasdaq masing-masing jatuh 1.28% dan 1.48% pada hari ini. Bukan sahaja memberi kesan terhadap pasaran saham di Amerika Syarikat malah pasaran saham di Asia turut terkena tempias. Indeks Nikkei jatuh 1.63%, Indeks Shanghai jatuh 0.24% dan Indeks Hang Seng jatuh 0.79%.

Tidakan Trump ini akan membawa impak yang lebih teruk terhadap pengeluar-pengeluar kenderaan, kerana kebanyakkan syarikat automotif mendirikan kilang pengeluaran kenderaan di Mexico berikutan tenaga kerja yang lebih murah, jalinan kerjasama yang telah dibangun dan lokasi yang hampir dengan Amerika Syarikat.

Syarikat -syarikat automotif yang memiliki operasi di Mexico telah terkena tempias seperti Toyota Motor Corp, Nissan Motor, Honda Motor, Mazda Motor, Hyundai Motor. Masing-masing saham syarikat tersebut telah mengalami kerugian 2% sehingga 7%.

Berdasarkan data, Nissan merupakan syarikat automotif yang mengeluar kenderaan terbanyak di Mexico dan eksport ke Amerika hampir 1/4 dari jumlah jualan kenderaan di sana. Disisi lain, Mazda mengeksport sekitar 30% kereta yang dihasilkan di Mexico ke Amerika.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat