Trump: Komen ‘the calm before the storm’ Ditujukan Kepada Korea Utara

41

Presiden US, Donald Trump awal pagi tadi menjelaskan kenyataan “the calm before the storm” yang dikeluarkan sebelum pertemuan bersama ketua-ketua tentara Amerika minggu lepas ditujukan kepada Korea Utara.

Dalam sesi temu ramah bersama Fox News, Trump ditanya berkenaan frasa tersirat yang beliau ucapkan pada minggu lalu yang telah menyebabkan masyarakat dunia semakin bimbang dengan ketegangan antara Korea Utara dan Amerika Syarikat yang boleh membawa kepada perang Dunia ke-3.

Trump membalas soalan tersebut dengan menyebut, “Kami tidak boleh biarkan mereka begitu sahaja, sememangnya tidak boleh”. Trump juga berterima kasih kepada China kerana turut membantu dengan menutup bank-bank mereka di Korea Utara.

Komen “calm before the storm” pada 5 Oktober lalu dikeluarkan sebelum makan malam bersama ketua tentera US. Pertemuan tersebut diadakan bagi membincangkan berkenaan situasi di Iran, Korea Utara, Afghanistan dan bagaimana untuk memerangi Islamic State.

Pada awal pagi tadi juga, Trump turut menjelaskan bahawa rundingan diplomatik bersama Korea Utara yang diketuai oleh bekas Presiden Bill Clinton sebelum ini telah gagal.

“Sebelum dakwat pada kontrak kering, mereka (Korea Utara) meneruskan kembali ujian peluru berpandu yang baru dan kini termasuk dengan senjata nuklear. Kita tidak boleh biarkan hal ini berlaku. Perkara ini sepatutnya dihalang sejak dahulu lagi ” tambah beliau.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat