Trump Lantik Pakar Penyakit Berjangkit Terbaru Yang Tidak Berpengalaman?

222

Rupanya kedinginan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump terhadap pakar perubatan penyakit berjangkit, Dr. Anthony Fauci masih belum reda apabila beliau mengumumkan penasihat baru, Dr. Scott Atlas.

Kehadiran Atlas, figura yang kerap tampil sebagai tetamu Fox News Channel telah diumumkan pada minggu lepas, menyertai White House sebagai penasihat pandemik koronavirus.

Sebelum ini Trump akui bahawa beliau jarang bersetuju dengan semua pendapat Fauci, menyifatkan pembukaan semula ekonomi tiada kaitan dengan kes koronavirus yang ‘mengganas’ di negara itu.

Atlas memiliki latar belakang yang hebat, seorang bekas ketua neuroradiologi di Stanford University Medical Center dan ahli konservatif Hoover Institution di Stanford University.

Walau bagaimanapun, individu tersebut ‘sifar’ dalam bidang kesihatan awam atau penyakit berjangkit.

Sama seperti Trump, Atlas juga berpendapat semua institusi pendidikan patut beroperasi semula walaupun kadar kes koronavirus semakin meningkat hari demi hari.

Menurutnya lagi, pendedahan golongan muda dan sihat terhadap virus tersebut merupakan hal yang baik. Manakala, kanak-kanak pula sebenarnya tidak berisiko dengan wabak itu. Justeru, sekatan pergerakan di negara itu akan menghalang perkembangan sistem kekebalan tubuh.

Rata-rata idea pemikiran Atlas yang selari dengan Trump ditentang hebat oleh pelbagai lapisan masyarakat AS, termasuk pakar dan saintis.

Menurut salah seorang individu yang juga pakar dalam kesihatan awam di Georgetown University, idea Trump melantik Atlas, yang dilihat sebagai ‘yes person‘ ketika kematian kes koronavirus meningkat merupakan satu tindakan yang tidak dapat dimaafkan

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat