Trump Menggesa Penstrukturan Baru Bagi Rundingan US-China

282

Presiden Donald Trump telah memberi tanda-tanda haluan baru dalam rundingan perdagangan US-China dan mengatakan bahawa tidak kira apa-apa perjanjian harus memerlukan struktur yang berbeza. Hal ini menyebabkan ketidaktentuan dalam rundingan baru-baru ini.

Pada hari Rabu, dalam Twitternya, Trump mengatakan haluan sekarang kelihatannya ”agak sukar untuk dilaksanakan” dan beliau juga menyatakan kesukaran seperti pengesahan. Namun tidak diberikan rincian adakah beliau atau petadbiran baru beliau yang berkehendakkan hal tersebut.

Wakil Rumah Putih juga tidak memberi apa-apa komentar terhadap kenyataan presiden Trump.

” Rundingan kami dengan China setakat ini berjalan lancar, tetapi pada akhirnya mungkin kami yang terpaksa menggunakan struktur yang berbeza dalam perjanjian. Hal ini sukar untuk dilaksankan dan mengesahkan keputusan”, tulis Trump.

Pasaran saham US terkesan selepas komentar beliau namun sedikit pulih selepas minit mesyuarat Fed dikeluarkan.

Pada hari Isnin, kedua belah pihak mengishtiharkan kemenangan dan berhasrat untuk meneruskan rundingan. China akan mengimport lebih barangan tenaga Amerika dan komoditi pertanian bagi mengurangkan defisit perdagangan sebanyak $335 billion.

Namun pada hari Khamis, jurubicara menteri perdagangan China, Gao Feng mengatakan bahawa China tidak membuat apa-apa janji lagi untuk mengurangkan lebihan perdagangan mereka dengan US berdasarkan angka-angka tertentu.

Minggu hadapan, setiausaha perdagangan US dijangka akan melawat China bagi merumuskan perjanjian.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat