Trump Punca Saham WeChat Menjunam!

647

Saham induk syarikat gergasi media sosial China, WeChat, menjunam hari ini setelah Donald Trump menandatangani perintah eksekutif yang melarang rakyat negara pimpinannya daripada menjalankan perniagaan dengan platform tersebut.

Oleh itu, Tencent telah mencatatkan kejatuhan sebanyak 10% dalam sesi dagangan pagi sebelum mencatatkan kerugian dan ditutup dengan penurunan 5.04% pada HK $ 527.50, mendorong Indeks Hang Seng yang lebih luas turun sebanyak 1.6%.

Lebih dari $ 30 bilion kerugian yang dicatatkan dalam permodalan pasaran Tencent pada hari ini, meskipun firma tersebut telah melonjak sekitar 70% sejak bulan Mac ketika syarikat teknologi global mendapat manfaat daripada perintah berkurung yang bertujuan untuk membendung penularan coronavirus.

Selain itu, sekatan tersebut dikenakan secara menyeluruh terhadap syarikat itu, berkuat kuasa dalam tempoh 45 hari. Di samping itu, perintah berkenaan turut melibatkan ByteDance, pemilik aplikasi popular TikTok.

Langkah yang diambil oleh Presiden Amerika Syarikat itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada banyak pihak. Bahkan ianya dapat meningkatkan ketegangan antara negara itu dengan beberapa kuasa besar seperti Hong Kong dan Huawei.

Selain itu, pemerintah Amerika Syarikat diharapkan agar tidak terus memberikan tekanan kepada Tencent. Hal ini demikian kerana pengembangan syarikat itu di luar negara bakal tergganggu dan berdepan dengan cabaran.

WeChat, yang dikenali sebagai “weixin” atau pesanan mikro dalam bahasa Cina, telah berkembang pesat di seluruh China sejak pelancarannya pada tahun 2011 dan mempunyai lebih dari 1 juta pengguna bulanan, serta ianya dapat digunakan untuk perkhidmatan e-hailing dan melakukan pembayaran.

Di samping itu, sekatan itu juga didakwa bakal mempengaruhi pasaran Asia kerana para bimbang terhadap hubungan antara 2 buah negara yang semakin memburuk serta boleh mencetuskan perang dagang yang lebih parah.

Menurut Paul Triolo, ketua kebijakan teknologi global di Eurasia Group, ianya merupakan salah satu langkah menuju ke arah perang dingin dalam sektor teknologi antara China dan Amerika Syarikat serta meningkatkan ketegangan geopolitik dengan negara tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat