Trump- Rundingan NAFTA Berada Di Atas Landasan Yang Betul

296

Presiden US Donald Trump telah membuat kenyataan pada hari Selasa bahawa perjanjian NAFTA yang baru ini mungkin akan membawa kepada persetujuan lebih cepat berikutan Kanada sedang melakukan perkembangan dalam merangka undang-undang baru bagi industri automotif.

Menteri-menteri US, Kanada dan Meksiko adalah antara yang bertanggungjawab bagi perjumpaan NAFTA yang akan diadakan di Washington. Perjumpaan ini adalah bagi merapakatkan jurang perbezaan konten undang-undang bagi automotif dengan harapan ia akan membawa persetujuan.

Menurut Tump, ” NAFTA, sedang membuat kemajuan. Meksiko tidak lama lagi akan ada pilihan raya.” ”Tidak perlu khuatir, kami lakukan yang terbaik mengenai NAFTA. Saya mampu untuk membuat perjanjian ini berlaku lebih cepat tetapi saya tidak pasti apakah ia akan menjadi keputusan terbaik untuk US”.

Rincian perjanjian masih lagi berada pada peringkat rundingan. NAFTA yang baru dilihat ini mengesa pembuat alatan automotif untuk mengambil lebih banyak komponen daripada Amerika Utara agar ia dapat mencipta lebih banyak pekerjaan.

Menteri luar negeri Kanada Chrystia Freeland, wakil perdagangan Robert Lighthizer dan wakil Meksiko Ildefonso Guajardo menggesa agar perjanjian dilakukan lebih cepat bagi mengelakkan pilihan raya Meksiko pada Julai 1.

Perunding Trump membuat permintaan awal bahawa 85% komponen kenderaan Amerika Utara adalah dibuat oleh negara-negara NAFTA, naik daripada 62.5% pada ketika ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat