Trump Saman Google, Facebook & Twitter!

482

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memfailkan tuntutan saman terhadap Google, Facebook dan Twitter atas dakwaan beliau menjadi mangsa ‘penapisan’.

Tuntutan berkenaan turut dibuat terhadap ketua pegawai eksekutif (CEO) ketiga-tiga firma tersebut.

Akaun media sosial Trump digantung pada Januari lalu susulan kebimbangan terhadap keselamatan orang awam selepas berlakunya insiden rusuhan di bangunan Capitol yang diketuai oleh penyokong beliau.

Semalam, Trump menyifatkan tuntutan saman itu sebagai ‘satu perkembangan yang sangat baik untuk hak kebebasan bersuara’.

Dalam satu sidang media yang dibuat oleh beliau semalam, Trump mengecam firma media sosial dan parti Demokrat yang didakwa menyampaikan maklumat tidak benar.

Tuntutan itu mendesak mahkamah agar mengeluarkan perintah untuk menamatkan penggantungan itu.

Ujar Trump, jika syarikat media sosial boleh menyekat Presiden, maka sesiapa jadi boleh disekat.

Kesemua syarikat yang disaman masih belum memberikan sebarang kenyataan sehingga kini.

Dalam perkembangan berkaitan, anggota parti Kongres Demokrat mengeluarkan memo berkenaan pelan mereka terhadap firma teknologi gergasi.

Agenda tersebut menggesa tindakan antimonopoli terhadap firma teknologi dan memperbaharui undang-undang yang dikenali sebagai Seksyen 230.

Seksyen 230 pada dasarnya menghentikan syarikat-syarikat seperti Facebook dan Twitter daripada bertanggungjawab terhadap segala status yang dimuat naik oleh pengguna.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat