Trump, Stok Minyak AS – Pelabur Emas Hitam Hadap Tekanan 2X Ganda!

258

Komoditi hitam diperdagangkan susut pada Rabu setelah terkesan oleh tindakan Presiden AS, Donald Trump yang telah menghentikan rundingan mengenai rangsangan baru.

Niaga hadapan minyak mentah Brent dan WTI Amerika Syarikat menyusut lebih 1% dengan masing-masing didagangkan rendah pada $42.23 setong dan $40.12 setong.

Tindakan mengejutkan daripada Trump ini langsung tidak dijangka oleh para pelabur memandangkan sebelum ini pasaran banyak disokong oleh keyakinan daripada dua pihak yang sedang mempergiatkan usaha rundingan menjelang pilihan raya presiden pada 3 November.

Hal ini telah mendorong semua aset berisiko jatuh menjunam dan mendorong kenaikan semula dagangan US dolar berbanding matawang utama.

Bagaimanapun, Trump dalam ciapan terbarunya kembali meredakan pasaran dengan menggesa Kongres supaya segera meluluskan bantuan sokongan kepada syarikat penerbangan dan perniagaan kecil.

Kenyataan ini sedikit sebanyak kembali menyokong pasaran saham global dan komoditi untuk meningkat semula.

Dalam pada itu, dagangan komoditi hitam turut ditekan oleh data daripada Institut Petroleum Amerika (API) yang memperlihatkan peningkatan dalam bekalan minyak mentah AS sebanyak 951,000 tong pada minggu lepas.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat