Trump Tak Puas Hati Kalah Dengan Biden

575

Bahang pilihan raya Presiden Amerika Syarikat pada November ini kian terasa apabila pihak media mula menjalankan undian untuk melihat sejauh mana kempen kedua-dua parti, demokratik dan republik berhasil.

Terbaru dilaporkan Trump berang apabila mendapati telah kalah mengatasi Joe Biden dalam undian yang dijalankan, di mana Biden mendahului dengan 20%.

Menerusi undian ABC News/Washington Post, Biden mendahului Trump dengan 2% pada Mac dan 10% pada Mei. Yang terbaru, 11% milik Biden apabila pengundi diminta respons untuk undian pada November.

Fox News juga menjalankan undian terhadap dua figura itu dan Biden mendahului dengan 8%, mengalahkan Trump, termasuk juga undian terhadap isu spesifik seperti ekonomi, Biden mendahului Trump dengan 1%.

Trump bertegas untuk melihat sendiri keputusan tersebut dan menolak untuk menerima kekalahannya menerusi undian yang dijalankan.

Presiden Amerika Syarikat (AS) itu juga menggelarkan undian yang dijalankan merupakan ‘undi palsu’, sama seperti ketika beliau bertanding dengan Hillary Clinton pada 2016.

Menurut daripada sumber, beliau akan menerima kekalahan jika Biden menang secara rasmi dalam undian pemilihan presiden menjelang November nanti.

Sebelum ini, Trump dikecam kerana memperlekehkan usaha pegawai rasmi Michigan dan Nevada untuk menjalankan undian menggunakan undian bersurat, mengatakan cara itu akan mendorong kepada undi palsu.

Trump juga menolak perbezaan impak perintah berkurung yang dikenakan antara Kesatuan Eropah (EU) dan AS berikutan jumlah wabak koronavirus di negara itu mencatat rekod 66,498 sehari dan EU cuma 6,000 sehari dengan alasan pesakit tidak tampil membuat ujian jangkitan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat