Trump Tersepit? Pesaing Trump Joe Biden Umumkan Pelan Pemulihan Ekonomi AS!

619

Calon Presiden Demokrat, Joe Biden mengumumkan bahawa beliau akan melancarkan program yang merangkumi penjagaan kanak-kanak dan orang tua. Pelan ini dirancang untuk membantu para rakyat Amerika untuk mendapatkan pekerjaan.

Rencana tersebut akan diberikan perincian dalam acara di New Castle, Delaware nanti. Tujuan utama pelan tersebut adalah untuk menjadikan penjagaan kanak-kanak lebih berpatutan dan dapat diakses oleh pelbagai latar keluarga. Selain itu, pelan tersebut juga mensasarkan rawatan untuk orang-orang tua dan orang kurang upaya.

Rancangan beliau tersebut akan menelan belanja $ 775 bilion selama satu dekad dan akan dibayar dengan mengembalikan pelepasan cukai untuk pelabur hartanah dan memperketakan penguatkuasaan kod cukai A.S yang ada.

Sebagai langkah awal, bantuan tersebut akan disalurkan kepada kerajaan negeri dan pentabiran tempatan bagi memastikan program penjagaan kanak-kanak dan perkhidmatan awal lain kekal beroperasi.

Pelan rancangan tersebut dijangka akan mencipta 3 juta pekerjaan dalam sektor kesihatan dan pendidikan atau secara keseluruhan sebanyak 5 juta pekerjaan akan dicipta kerana dengan perkhdimatan yang dirancang ini akan membenarkan mereka yang terikat dengan penjagaan kanak-kanak untuk kembali bekerja.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat