Trump Umumkan Tarikh Majlis Penandatangan Perjanjian Perdagangan Fasa 1!

352

Tergempar, Presiden Amerika Syarikat akhirnya mengumumkan tarikh majlis tandatangan perdagangan fasa 1 antara Amerika Syarikat dengan China. Kata Trump pada hari Selasa bahawa majlis penandatangan perjanjian perdagangan Fasa 1 akan dilangsungkan pada 15 Januari di Rumah Putih.

Trump telah memuat naik tweet di Twitter beliau bahawa beliau akan menandatangani perjanjian fasa 1 dengan wakil tertinggi China dan setelah itu beliau akan ke Beijing bagi memulakan perundingan fasa seterusnya.

Hal ini telah dijangka apabila laporan South China Morning Post pada hari Isnin, melaporkan Naib Perdana Menteri China, Liu He akan melawat Washington pada minggu ini bagi menandatangani perjanjian perdagangan “Fasa 1” dengan Amerika Syarikat.

Walaubagaimanapun setakat ini kedua-dua belah pihak belum mengeluarkan rincian mengenai perjanjian yang telah dipersetujui dan dalam masa yang sama belum ada laporan tulisan yang dikeluarkan.

Presiden A.S. Donald Trump pada awalnya mengumumkan rancangan bagi perjanjian perdagangan fasa awal pada bulan Oktober, dan perunding A.S. dan China telah menghabiskan beberapa minggu bagi mencapai kesepatakan yang akhirnya disebutkan sebagai perjanjian Fasa 1.

Berita ini telah meningkatkan harapan dalam pasaran bahawa hubungan perdagangan AS-China semakin pulih.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat