Tuah Binance, Dubai Akhirnya Luluskan Lesen Beroperasi Dalam Pasaran!

954

Binance yang merupakan kripto terbesar di dunia mengumumkan bahawa mereka telah memperoleh lesen untuk beroperasi di Dubai selepas beberapa hari ia memperoleh lesen penyedia aset kripto global pertama di Bahrain.

Walaupun begitu, burrsa pertukaran kripto no.3 terbesar dunia FTX merupakan bursa kripto pertama yang mendapatkan lesen di Dubai, awal minggu ini. Kedua-dua bursa kini akan mengendalikan perniagaan serantau mereka dari Dubai.

Binance menyatakan pada bulan Disember bahawa mereka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Pusat Dagangan Dunia Dubai untuk menubuhkan hab blockchain di bandar itu. Dengan memperolehi lesen ini, Binance dijangka dapat mengembangkan pasarannya dengan lebih bebas.

UAE dilihat agak terlambat dalam mengembangkan kripto dalam pasaran mereka dan kini ia berada dalam kedudukan 100 daripada 157 dalam indeks penggunaan kripto global yang disusun oleh firma penyelidikan blockchain Chainalysis. Bahrain berada di kedudukan 143.

Langkah itu dilakukan berikutan minat kripto yang semakin meningkat di Teluk. Emiriah Arab Bersatu (UAE). UAE cuba menjadi hab ekonomi di rantau ini yang diibaratkan seperti syurga kripto seperti Singapura dengan meluluskan peraturan yang mesra kripto.

Pada awal bulan ini, Dubai meluluskan undang-undang pertamanya untuk mengawal selia sektor kripto, dan membentuk badan kawal selia untuk kripto.

Disisi lain, penggunaan kripto global dilihat semakin meningkat di peringkat global terutamanya selepas konflik Rusia-Ukraine. Ukraine adalah negara pertama yang secara rasmi meminta derma dalam mata wang kripto.

Presiden Joe Biden pada minggu lalu telah menandatangani perintah eksekutif untuk mempromosikan pembangunan teknologi blockchain di negara ini. Pada awal minggu ini, peraturan kripto EU yang penting dilihat semakin hampir untuk diluluskan oleh parlimen.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat