Tuah NFT Selfie, Pemuda Indonesia Jadi Jutawan Dalam Dua Hari Je!

17,280

Rupanya, selfie lebih bernilai daripada yang anda jangka.

Seorang pemuda sederhana Indonesia, Ghozali Ghozalo telah memuatnaik 1,000 selfies sebagai non-fungible token (NFT) di platform OpenSea dan dalam tempoh dua hari, koleksinya itu berjaya mencecah nilai hampir 1 ETH (RM14,039) daripada harga lantai bernilai $3 (RM12.53).

Koleksi NFT ‘Ghozali Everyday’ merupakan lambakan selfie-nya yang diambil sejak berusia 18 tahun hingga 22 tahun pada 2021.

Difahamkan Ghozali hanya mahu mencipta video hari-hari menuju majlis konvokesyen menggunakan koleksi selfie yang diambil di hadapan komputer setiap hari.

Video tersebut telah dimuatnaik di Youtube pada 3 Januari selepas kepingan selfie-nya dilelong di OpenSea sehari sebelumnya.

Setakat hari ini, Ghozali_Ghozalu #331 merupakan NFT yang termahal, dijual pada 2 ETH (RM27,796).

Sementara itu, keuntungan yang berjaya diraih Ghozali mencecah nilai 282 ETH (RM3,918,684), mujurlah ada juara Masterchef Indonesia – Arnold Poernomo yang mempromosikan NFT ini sebelum tular ke seluruh dunia.

Koleksi daripada Ghozali mengingatkan kepada karya Beeple, ‘Everydays: The First 5000 Days’ yang terjual pada $69 juta!

Apa lagi, cuba upload selfie anda satu di OpenSea. Mana tahu boleh jadi jutawan dalam masa dua hari je.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat