Tudia! AUD/USD Dah Mulakan Ekspedisi Mendaki Carta Harga

188

Dolar Australia berjaya menunjukkan peningkatan nilai menuju dagangan ke penghujung minggu selepas menyusut ke paras terendah 1 bulan ekoran pelabur mengurangkan dagangan terhadap US dolar menjelang ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) di Simposium Jackson Hole untuk petunjuk dasar monetari berikutnya.

Selain itu, pengukuhan dollar Australia juga disebabkan oleh laporan bahawa China akan meningkatkan rangsangan dengan langkah 1 trilion Yuan lagi untuk mengembangkan lagi pertumbuhan ekonomi. Isyarat pemulihan ekonomi China akan memberi kesan positif terhadap Australia yang merupakan rakan dagang terbesarnya.

Sementara itu, laporan pekerjaan Australia yang bercampur-campur menyebabkan pasaran menjangkakan kemungkinan kenaikan kadar oleh Reserve Bank of Australia (RBA) untuk beberapa bulan akan datang.

RBA dijangka bakal membuat kenaikan kadar faedahnya sebanyak setengah mata asas lagi pada bulan September, tetapi bacaan data yang lemah mendorong pasaran untuk menarik kembali jangkaan tersebut.

Pelabur kini menantikan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang bakal diterbitkan pada sesi New York sebentar lagi yang dijangka boleh memacu pergerakan US dolar.

Menilai pergerakan harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD , harga dilihat telah mendatar di atas paras sokongan 0.68600 sejak awal minggu sebelum mula memberi isyarat untuk mengakhiri corak trend bearish pada minggu lalu.

Lonjakan awal telah dilihat berlaku pada Selasa lalu sebelum harga kembali mendatar pada Rabu semalam di zon 0.69000 dengan disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD.

Corak kenaikan lebih jelas dipaparkan pada hari ini (Khamis) dari paras 0.69000 di awal sesi Asia pagi ini sehingga menuju ke paras 0.70000 pada dagangan yang bersambung ke sesi Eropah.

Kenaikan hampir 100 pips tersebut berkemungkinan diteruskan pada sesi New York, namun sebarang kejutan boleh berlaku ketika tumpuan pada terbitan data ekonomi AS.

Sekiranya harga berjaya meneruskan peningkatan, paras 0.70000 yang berada pada zon SBR (support become resistance) bakal ditembusi untuk catatkan paras ketinggian terbaru 1 minggu.

Harga yang meneruskan kenaikan bakal melonjak naik ke paras tumpuan sebelum ini seperti di zon 0.70400 sebelum menuju pula ke zon ketinggian pada 0.71000.

Sebaliknya jika harga gagal melepasi 0.70000, dilihat harga bakal kembali semula ke paras sokongan 0.69000, namun melepasi paras sokongan MA50 akan mula mencetuskan jangkaan untuk perubahan trend bearish.

Penyusutan harga lebih rendah yang diteruskan seterusnya boleh melepasi paras sokongan mingguan pada 0.68600, sebelum mencatatkan paras terendah terbaru 5 minggu menuju sasaran sekitar 0.68300 atau pada 0.67700.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat