Tudia! Hujung Tahun 2020, Vaksin Covid-19 ‘Settle’!

1,560

Menurut ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus vaksin Covid-19 berkemungkinan akan siap pada akhir tahun. Oleh yang demikian, beliau memohon solidariti dan komitmen politik oleh semua pemimpin untuk memastikan pengedaran vaksin yang sama apabila telah selesai.

Kini, sebanyak 9 vaksin yang sedang menjalani ujian untuk menjayakan rancangan kemudahan vaksin global COVAX WHO yang bertujuan untuk mengagihkan 2 bilion dos pada akhir tahun 2021.

Sementara itu, mesyuarat selama 2 hari telah berlangsung untuk meneliti tindak balas global terhadap wabak itu, serta mendengar cadangan daripada negara-negara termasuk Jerman, Britain dan Australia untuk membentuk reformasi bagi memperkuat agensi PBB.

Sebelum ini, pentadbiran Presiden AS, Donald Trump telah mengecam keras peranan WHO dalam krisis tersebut, mendakwanya menyebelahi China dan tidak melakukan tindakan yang sewajarnya untuk mempersoalkan Beijing berkenaan punca virus tersebut tersebar pada akhir tahun lalu ketika ianya pertama kali muncul di Wuhan.

Namun, Tedros menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan bahawa agensinya telah bersifat jujur dan berusaha yang terbaik untuk seluruh dunia.

Selain itu, terdapat 3 panel bebas telah ditugaskan untuk mengkaji prestasi WHO termasuk Peraturan Kesihatan Antarabangsa 2005 yang menetapkan garis panduan mengenai larangan perdagangan dan perjalanan yang dikenakan semasa keadaan darurat kesihatan.

Tambahan daripada itu, Tedros menyatakan bahawa mereka akan berusaha untuk melakukan perubahan serta bersedia untuk belajar daripada kesilapan agar perkara yang sama tidak berulang lagi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat