Tudia, Mocopi! Pelaburan Metaverse Jangka Panjang Milik Sony

304

‘Rugi sekarang tidak bermakna rugi selama-lamanya.’

Walaupun konsep metaverse, dunia realiti maya (VR) yang menjadi pertaruhan Meta Platform Inc gagal tembusi arus perdana lagi namun, ia tidak menghalang Sony Group Corp ceburi bidang tersebut.

Terbaru Sony melancarkan Mocopi iaitu sebuah set peranti penjejak boleh dipakai yang direka untuk membawa penggunanya ke metaverse  pada telefon mereka.

Set peranti tersebut memiliki 6 kepingan yang dipakai pada pergelangan tangan, pergelangan kaki, kepala dan pinggang akan menjana pergerakan pada avatar dalam aplikasi metaverse pengguna pada telefon Android atau iPhone Apple Inc.

Ia dijual secara rasmi oleh Sony bermula Januari tahun depan di pasaran Jepun sahaja buat masa ini pada tanda harga ¥49,500 atau $360 (bersamaan kurang lebih RM1,610).

Ternyata Sony juga tampak ingin menjadi pelopor dunia VR dan realiti tambahan (AR) dengan pengenalan set Mocopi tersebut walaupun teras utama syarikat adalah permainan konsol seperti PlayStation.

Sebelum ini Sony telah menggabungkan teras permainannya dengan VR melalui pelancaran headset PlayStation yang menawarkan pengalaman bermain secara maya dan memperkukuhkan lagi ekosistem tersebut dengan pengenalan peranti lain.

Dan walaupun syarikat-syarikat yang berteraskan VR dan AR masih bergelut, ini tidak bermakna metaverse tiada keuntungan kerana Mark Zuckerberg sendiri berani mempertaruhkan masa depan Facebook dengan Meta Platform.

Setakat penulisan ini saham Sony diniagakan rendah 1.46% pada ¥11,200.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat