Tumpuan 3 Matawang Kripto Minggu Ini: Bitcoin (BTC), Avalanche (AVAX) & Elrond (EGLD)

965

Pasaran kripto masih lagi tidak menunjukkan perkembangan yang baik, menanggung impak negatif penyusutan harga Bitcoin (BTC) sejak mencatatkan nilai tertinggi sepanjang masa (ATH), $68,789 pada 10 November.

Penganalisis merincikan pergerakan pasaran kripto bagi matawang: BTC, Avalanche (AVAX), Polygon (MATIC), Elrond (EGLD), Decentraland (MANA) sepanjang minggu ini.

  • BTC
    • Bitcoin mencatatkan paras terendah mingguan, $55,661 pada 19 November dan berhadapan dengan rintangan Simple Moving Average (SMA) 50 hari pada harga $60,187.
    • Ada isyarat bearish berdasarkan indikator moving averages dan relative strength index (RSI).
    • Jika harga BTC terus susut dari paras semasa, ada potensi berlakunya pembetulan harga sehingga di bawah $55,600. Ini bermakna, zon sokongan akan berada di paras $52,500 dan $50,000.
    • Jika sebaliknya berlaku, BTC mungkin akan mencatatkan ATH baharu di paras harga $69,000.
    • Ketika penulisan, BTC didagangkan pada $57,358 dengan penurunan harga hampir 3% dalam 24 jam.
  • AVAX
    • Sentimen positif mendorong harga AVAX melepasi paras 200% Fibonacci pada ketinggian $147 malam tadi.
    • Peningkatan Exponential Moving Average (EMA) 20 hari menunjukkan masih ada isyarat bullish, namun RSI sekitar paras 80 mungkin menyebabkan berlakunya pembetulan dalam beberapa hari.
    • Jika AVAX mencatatkan penyusutan, maka paras harga $110 dan EMA 20 hari akan menjadi sokongan. Sebaliknya berlaku jika AVAX tembus EMA 20 hari, tidak mustahil aset ini susut mendadak sehingga ke paras $110 dan $80.
    • Ketika penulisan, AVAX didagangkan pada $136 dengan penurunan harga hampir 1% dalam 24 jam.
  • EGLD
    • EGLD menyaksikan peningkatan pembelian aset hingga mendorong harganya meningkat kepada $370, melepasi rintangan $338.70.
    • Lonjakan EGLD juga menyebabkan RSI berada di paras terendah, menunjukkan ada potensi untuk berlakunya pembetulan harga.
    • Jika berlaku seperti jangkaan di atas, sokongan pertama adalah di paras $338.70 dan EMA 20-hari, $325.
    • Jika EGLD meneruskan corak uptrend, rekod seterusnya adalah pada paras harga $500. Tetapi jangkaan ini boleh diabaikan jika EGLD menembusi $303.
    • Ketika penulisan, AVAX didagangkan pada $447 dengan peningkatan harga hampir 5% dalam 24 jam.
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat