Tumpukan Perhatian Terhadap Faktor Mempengaruhi Pasaran Menuju Hujung Minggu

800

Sentimen berkaitan varian Omicron masih lagi menguasai pasaran, walaupun terdapat ketidakpastian mengenainya telah memberi sokongan sederhana buat dagangan US dolar pada sesi dagangan hari ini.

Kajian terbaharu daripada Jepun telah mendedahkan bahawa varian Omicron adalah 4 kali ganda mudah ditularkan pada peringkat awalnya berbanding Delta. Ini menyebabkan keyakinan pelabur sedikit goyah bahawa varian baharu itu hanya memberi kesan yang ringan.

Sebagai langkah awal, UK bertindak pantas dengan melaksanakan sekatan baharu untuk membendung penularan lebih luas selepas mencatat peningkatan mendadak kes jangkitan sejak beberapa hari lalu.

Ekoran daripada itu, matawang pound jatuh ke paras terendah tahun 2021 disebabkan kebimbangan pemulihan negara itu akan terjejas disebabkan pelaksanaan ini.

Di sisi lain, syarikat pembuat vaksin Pfizer pula mengatakan hasil kajiannya menunjukkan dos ketiga vaksin mereka dapat meneutralkan varian Omicron.

Berita bercampur-campur ini membuatkan dagangan matawang utama terhad di sekitar paras harga yang sama.

Namun, dolar Aussie masih kekal menguat dengan sokongan daripada Bank Pusat Australia (RBA) yang mengatakan pemulihan ekonomi tidak akan terjejas sebab varian baharu ini.

Sementara, dolar Kanada pula telah mengurangkan keuntungan susulan kenyataan polisi Bank Pusat Kanada (BOC) yang mengatakan kebimbangannya terhadap varian Omicron yang boleh menimbulkan ketidakpastian dalam pemulihan ekonomi negara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat