Tun Mahathir Tolak Tawaran RM1 Bilion Goldman Sachs! “Tak Cukup!”

1,383

Goldman Sachs Group Inc (Goldman) yang merupakan sebuah bank gergasi di Amerika Syarikat menawarkan sebanyak RM1 bilion (AS$241 juta) kepada Malaysia sebagai pampasan atas tindakannya dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Walaubagaimanapun, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tawaran RM1 bilion sebagai “peanuts” (kacang). Tidak memadai dan amat sedikit jika dibandingkan dengan kerosakan yang sudah dilakukan bank berkenaan.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Goldman Sachs telah membantu 1MDB atas pengendalian bon bernilai RM 26.94 bilion (AS$6.5 bilion) dan memperoleh bayaran berjumlah US$600 juta (kira-kira RM2.5 bilion) atas pengaturan bon berkaitan 1MDB.

Berdasarkan sesi temu bual bersama wartawan CNBC, Tanvir Gill di pada hari ini, Tun Mahathir menegaskan bahawa pampasan tersebut adalah tidak mencukupi dan amat kecil. Lanjut beliau, Kementerian Kewangan akan menentukan jumlah pampasan sewajarnya yang perlu dibayar oleh bank pelaburan itu.

Pihak Goldman Sachs menolak untuk mengulas setelah dihubungi oleh pihak CNBC.

Kerajaan Malaysia telah menfailkan pertuduhan jenayah terhadap tiga anak syarikat Goldman Sachs Inc atas pengendalian bon bernilai US$6.5 bilion yang diterbitkan 1MDB. Mahkamah menetapkan 30 September depan untuk pendengaran pra-perbicaraan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat