Tunggu! Baca Sini Dulu Sebelum Trade Pada Sesi NY

699

US dolar terus mengekalkan pengukuhan pada sesi Eropah setelah data inflasi yang terbaru menguatkan lagi keyakinan pelabur untuk kenaikan kadar faedah lebih agresif daripada Federal Reserve (Fed).

Lonjakan inflasi ke paras tertinggi terbaharu hampir 40 tahun telah mencetuskan panik dalam pasaran dan pastinya turut menggentarkan bank pusat AS untuk bertindak secepatnya.

Presiden Fed St Louis, James Bullard mengatakan bahawa beliau mencadangkan kenaikan sebanyak 100 mata asas pada Julai dengan peningkatan sebanyak 50 mata asas akan berlaku pada Mac.

Jangkaan ini telah mendorong lonjakan hasil bon AS 10 tahun ke puncak tertinggi sejak Ogos 2019 pada 2% dan turut menarik US dolar untuk kembali lebih kukuh.

Sementara itu, mata wang euro berada di bawah tekanan untuk mempertahankan kedudukannya pada 1.1400 berbanding dolar greenback.

Bank Pusat Eropah (ECB) yang sebelum ini dianggap hawkish, pada hakikatnya masih mengekalkan pendiriannya yang dovish kerana ketidaktentuan yang dipaparkan oleh ekonomi Eropah.

Mata wang berkaitan komoditi, dolar kiwi berada di landasan untuk mencatat peningkatan mingguan keduanya walaupun pergerakan harga dilihat telah menghapuskan sebahagian daripada keuntungan yang diraihnya minggu ini.

Dolar Aussie pula cuba menahan dari jatuh lebih rendah berikutan kenyataan Gabenor Bank Pusat Australia (RBA) yang masih lagi berhati-hati dalam memberi isyarat kenaikan kadar faedah pada tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat