Tuntutan Awal Pengangguran Jatuh! Adakah Pasaran Buruh Semakin Pulih?

573

Jumlah rakyat Amerika yang mengemukakan tuntutan buat kali pertama untuk faedah pengangguran mencatat kejatuhan pada minggu lalu, walaupun terdapat petunjuk lain bahawa pasaran buruh semakin melemah sejak akhir-akhir ini.

Laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh pada hari ini menunjukkan jumlah tuntutan pengangguran pada minggu lepas mencatat jumlah bacaan sebanyak 793,000 tuntutan. Bacaan ini telah terlebih daripada jangkaan yang ditetapkan oleh para penganalisis pada 757,000 dan sedikit penurunan berbanding minggu sebelumnya iaitu sebanyak 812,000.

Tuntutan pengangguran masih kekal di atas puncak iaitu pada jumlah 665,000 yang dicatat semasa kemelesetan besar 2007-2009. Bagaimanapun, jumlah tuntutan yang dicatat masih di bawah bacaan yang dicatat bulan Mac lalu iaitu pada 6.867 juta.

Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell mengatakan pada hari Khamis bahawa pemulihan yang dicatat dalam pasaran buruh telah mula terhenti berikutan peningkatan penularan wabak Covid-19 yang terus membebani ekonomi dan kesihatan rakyat.

Pentadbiran Amerika Syarikat melaporkan pada Jumaat lalu bahawa ekonomi hanya mencipta 49,000 pekerjaan pada Januari setelah kehilangan 227,000 pada bulan Disember.

Walaupun begitu, pasaran masih optimis dan dalam masa yang sama berhati-hati kerana kes Covid-19 baru di A.S saban hari semakin berkurangan. Pengedaran vaksin secara besar-besaran akan membantu menjana ekonomi kembali.

Indeks US dolar masih dalam keadaan susut iaitu sebanyak 0.01% kepada paras tukaran 90.347 setakat jam 10.15 p.m.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat