Tuntutan Pengangguran Dan Defisit Perdagangan AS Berkurangan!

372

Laporan hari ini menunjukkan modal barangan AS melonjak naik bagi bulan Jun namun ini tidak mengubah jangkaan bahawa pelaburan perniagaan akan semakin menyusut pada suku tahun kedua dan menghambat pertumbuhan ekonomi.

Data lain yang dikeluarkan pada hari ini juga menunjukkan bahawa defisit perdagangan semakin mengecil pada bulan lepas berikutan pengurangan dalam import dan eksport. Hal ini menunjukkan perang dagang antara AS dan China masih menyebabkan aliran perdagangan semakin lemah.

Selain itu, pelaburan perniagaan dan perumahan juga ditanda sebagai sektor yang lemah dalam ekonomi oleh The Fed. Bank Pusat AS dijangka akan mengurangkan kadar faedah pada hari Rabu depan buat pertama kali.

Menurut Jerome Powell dalam kenyataan beliau apda awal bulan ini, pelaburan perniagaan menunjukkan trend yang perlahan walaupun semakin membaik dan ini berkemungkinan disebabkan ketegangan perdagangan dan pertumbuhan ekonomi global yang perlahan.

Pada hari ini juga, Jabatan Buruh AS melaporkan jumlah tuntutan faedah/insurans pengangguran (Jobless claims) pada minggu lepas jatuh ke paras terendah 3 bulan lalu. Menunjukkan pasaran buruh mengukuh walaupun dihimpit dengan momentum ekonomi yang agak perlahan.

Jumlah individu yang membuat tuntutan faedah/insurans pengangguran pada minggu lepas bagi minggu berakhir pada 20 Julai jatuh sebanyak 10,000.

Secara keseluruhan ekonomi AS masih didukung oleh pertumbuhan buruh yang kukuh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat