Turki Bakal Untung Besar, Penemuan Gas Asli Cipta Sejarah!

2,441

Turki mengumumkan penemuan gas asli terbesarnya hari ini, di Laut Hitam dengan anggaran 320 bilion meter padu. Selain itu, ianya didakwa oleh Presiden Tayyip Erdogan sebagai sebahagian daripada rizab yang lebih besar dan dapat dibawa ke darat pada 2023.

Sekiranya gas tersebut dapat dipasarkan secara komersial, penemuan itu dapat membantu Ankara mengurangkan ketergantungannya terhadap import dari negara-negara seperti Rusia, Iran dan Azerbaijan bagi sebahagian besar keperluan tenaganya.

Menurut Erdogan ianya merupakan penemuan gas asli terbesar dalam sejarah bahkan mampu mendorong Turki untuk menjadi pengeksport tenaga bersih.

Sehubungan dengan itu, kapal gerudi Fatih telah pun mula beroperasi pada akhir bulan lalu di zon Tuna-1, kira-kira 100 batu nautika di utara pantai Turki di barat Laut Hitam.

Di samping itu, pengurangan dalam bil import tenaga Turki, yang berjumlah $ 41 bilion pada tahun lalu, akan meningkatkan kewangan kerajaan serta membantu untuk mengurangkan defisit akaun semasa yang kronik serta mendorong lira jatuh kepada paras terendah berbanding dolar.

Berikutan dengan perkhabaran baik yang ingin diumumkan oleh Erdogan pada Rabu lalu, Lira didapati menguat. Walau bagaimanapun, ia merosot ketika presiden negara itu memperincikan penemuan itu dan turun sebanyak 0.4%.

Selain itu, para pegawai dan penganalisis telah memperingatkan bahawa proses untuk mendapatkan gas dari Laut Hitam akan memakan masa hingga setahun dan memerlukan pelaburan berbilion dolar untuk membangun infrastruktur untuk pengeluaran dan bekalan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat