Turki Pun Nak Beli Vaksin China!

340

Turki akan menandatangani kontrak dalam tempoh beberapa hari untuk membeli sekurang-kurangnya 20 juta dos vaksin calon Covid-19 dari Sinovac Biotech dari China, serta Ankara juga sedang dalam perbincangan untuk membeli dos vaksin Pfizer dan BioNTech.

Menurut Menteri Kesihatan, Fahrettin Koca, mereka akan dapat memperoleh sekurang-kurangnya 10 juta dos vaksin China pada bulan Disember serta akan meningkatkan jumlah tersebut. Selain itu, kontrak tersebut akan ditandatangani dalam tempoh terdekat.

Sehubungan dengan itu, Turki akan menjadi pembeli kedua vaksin China selepas Brazil.

Untuk pengetahuan semua, hasil percubaan awal menunjukkan bahawa vaksin Covid-19 eksperimental Sinovac CoronaVac mencetuskan tindak balas imun dalam kadar segera, tetapi tahap antibodi yang dihasilkan lebih rendah daripada pada orang yang telah pulih dari Covid-19.

Selain itu, CoronaVac dan 4 vaksin eksperimen lain yang dibangunkan di China sedang dalam ujian peringkat akhir untuk menentukan keberkesanannya.

Oleh yang demikian, Turki sedang dalam rundingan untuk membeli vaksin yang lain seperti Pfizer dan Moderna setelah memperoleh kelulusan.

Tambahan daripada itu, jumlah yang dapat diberikan kepada Turki adalah sebanyak 1 juta. Di samping itu, mereka telah mengadakan perbincangan secara berperingkat untuk mendapatkan 25 juta dos vaksin dalam tahun hadapan mulai Januari.

Walaupun beberapa negara termasuk Turki telah melakukan ujian untuk vaksin eksperimental Sinovac, Brazil saat ini adalah satu-satunya negara yang telah bersetuju untuk menerima dos tersebut. Negeri Sao Paulo akan mula mengimport 46 juta dos minggu ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Turkish Airlines mengatakan bahawa syarikat penerbangan kargonya Turkish Cargo telah menghantar penghantaran vaksin dari Beijing ke Sao Paolo.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat