Turun 140 pips, EUR/USD Menjunam Selepas Mesyuarat FOMC!

912

Debaran para pelabur akhirnya terjawab selepas keputusan mesyuarat FOMC awal pagi tadi yang menyaksikan pengukuhan ketara US dolar selepas bergerak mendatar sejak awal minggu.

Federal Reserve (Fed) dalam mesyuarat dasar terbaru masih mengekalkan kadar faedah dan juga polisi semasa, namun pelabur mendapat petunjuk yang lebih jelas dengan nada hawkish Fed terhadap unjuran ekonomi masa hadapan.

7 pegawai Fed menjangkakan kenaikan kadar pada 2022, manakala 13 lagi menjangkakan kenaikan kadar pada 2023. Pengerusi Fed, Jerome Powell menyatakan unjuran yang dikemaskini adalah berdasarkan pertumbuhan kadar inflasi yang lebih pantas berbanding bank pusat jangkakan.

Kini pergerakan harga lebih jelas pada carta pasangan mata wang EUR/USD yang mempamerkan trend bearish dengan jangkaan pengukuhan lebih lanjut US dolar sehingga minggu berikutnya.

Setelah mendatar di atas paras sokongan 1.20900 selepas penurunan di awal minggu, pelabur telah menyaksikan harga menjunam tembus zon support 1.20900-1.20600 sehingga ke paras 1.2000.

Penurunan harian dicatatkan harga pada dagangan semalam pada carta EUR/USD adalah sekitar 140 pips!

Menepati ramalan penurunan untuk ke paras sokongan 1.2000, pergerakan harga mula perlahan menguji zon tersebut sehingga dagangan bersambung di sesi pasaran Asia pagi ini (Khamis).

Sementara mata wang Euro dijangka akan terus bergerak lemah selepas mesyuarat dasar ECB sebelum ini, US dolar dilihat akan terus memacu pergerakan harga pada carta EUR/USD.

Pengukuhan US dolar yang berjaya dikekalkan akan menyaksikan harga ditekan lebih rendah untuk menuju pula ke zon support seterusnya pada 1.19000.

Peningkatan harga pula berkemungkinan akan menguji semula zon 1.20900-1.20600 yang membentuk zon SBR (support become resistance).

Jika harga gagal meneruskan kenaikan, penurunan harga pada trend bearish akan terus bersambung lagi.

Sebaliknya jika harga berjaya melonjak lebih tinggi, sasaran kenaikan harga akan menguji zon tumpuan lebih tinggi pada 1.21500-1.21800.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat