Twitter Bakal Dijual? Kenapa?

51

Syarikat Twitter mungkin akan memberhentikan 300 orang pekerjanya. Menurut Bloomberg, pemberhentian sebanyak 8.00% pekerjanya ini mungkin akan diumumkan Khamis semasa pembentangan laporan pendapatan syarikat pada suku ke-tiga.

Twitter berusaha bagi penjualan syarikatnya yang berhadapan ketaktentuan daripada Salesforce.com. Difahamkan Salesforce.com adalah syarikat terakhir yang mungkin berminat membeli Syarikat Twitter, mengatakan mereka tidak akan membida untuk pengmbilalihan itu.

Pada 6 Oktober lepas, CEO Salesforce.com, Benioff menjawab persoalan kenapa patut untuk membeli syarikat yang sedang dalam masalah ini. Benioff mengatakan Twitter adalah sebuah jenama yang hebat dan permata yang tidak digilap. Twitter mempunyai potensi yang besar dan sesuai bagi model perniagaan Salesforce.com.

Selain itu, syarikat yang pernah dikaitkan dengan pengambilalihan Twitter adalah, Google, Softbank dan juga Facebook.

lan-50
CEO Salesforce.com: Benioff

Twitter Inc, dengan modal pasaran sebanyak $12.76 billion sedang beroperasi dalam kerugian. Kerugian setiap tahun Twitter ialah $400 juta, yang mana dinilai terlalu mahal oleh prospek-prospek pembelinya.

Twitter pernah mengatakan pada September lepas akan memberhentikan pekerjanya dan menghentikan kerja-kerja kejuruteraan di salah satu pusat pembangunannya di Hab Teknologi Bengaluru.

Pada Isnin, Twitter memberitahu akan membentangkan laporan pendapatan suku ke-tiga sebelum pembukaan pasaran pada Khamis untuk mengelakkan konflik pembentangan oleh syarikat-syarikat internet yang lain.

Setakat Jun 2016, syarikat ini mempunyai seramai 3680 pekerja.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat