Twitter Nak Beli TikTok?

174

Firma teknologi gergasi, Twitter dilaporkan menyatakan minat untuk membeli aplikasi TikTok daripada ByteDance, dedah beberapa sumber.

Lapor BBC, Microsoft Corp dilihat sebagai calon utama untuk membeli TikTok tetapi Twitter kini dilihat sebagai calon lebih sesuai untuk membelinya.

Menurut sumber yang dipetik daripada Wall Street Journal, timbul persoalan sama ada Twitter boleh melengkapkan rundingan pembelian TikTok dalam tempoh 45 hari.

Minggu lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengarahkan firma AS daripada berurus niaga dengan TikTok dalam tempoh 45 hari lagi susulan wujud kebimbangan berkaitan keselamatan negara.

Nilai operasi TikTok di AS dianggarkan bernilai puluhan ribu AS$ manakala nilai pasaran Twitter adalah kira-kira AS$29 bilion.

Bagaimanapun jurucakap Twitter dan TikTok tidak memberikan maklum balas berhubung pendedahan itu.

Trump sebelum ini berkata beliau akan menyokong usaha Microsoft untuk membeli TikTok sekiranya kerajaan mendapat ‘sedikit bahagian’ daripada urus niaga tersebut.

Trump menetapkan 15 September sebagai tarikh akhir rundingan pembelian antara Microsoft dan ByteDance itu diselesaikan atau sekatan terhadap aplikasi tersebut diteruskan.

Ujar Microsoft, mereka akan bergerak pantas untuk mengadakan rundingan untuk membeli operasi TikTok di AS, Australia, Kanada dan New Zealand.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat