U.S Dolar Kekal Mengukuh Selepas Pembukaan Pasaran U.S

50

Matawang U.S dolar didagangkan menghampiri paras 2 minggu tertinggi berbanding matawang utama pada hari Selasa berikutan tumpuan pelabur terhadap calon pengganti pengerusi The Fed.

Indeks U.S dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain menguat sebanyak 0.06%  kepada 93.78 setakat jam 9.40 malam.

Menurut kenyataan Presiden Donald Trump pada hari Isnin, beliau sudah hampir membuat keputusan, siapakah yang bakal menggantikan kerusi pengerusi Fed selepas menemuduga 5 calon tersebut.

Calon tersebut terdiri daripada Janet Yellen (pengerusi Fed sekarang), Jerome Powell (gabenor Fed) , John Taylor (pakar ekonomi Universiti Standford ), Gary Cohn (penasihat ekonomi Trump) dan Kevin Warsh (bekas gabenor Fed).

Matawang U.S dolar menguat berbanding matawang yen, USD/JPY meningkat 0.41% kepada 113.90, menghampiri 3 bulan paras tertinggi iaitu pada 114.09.

Penguatan dolar pada hari Isnin didorong oleh harapan terhadap kemajuan polisi fiskal iaitu reformasi cukai selepas senat meluluskan cadangan bajet untuk tahun 2018, menaikkan semula jangkaan terhadap pemotongan cukai tidak lama lagi.

Euro menguat sedikit berbanding U.S dolar apabila EUR/USD meningkat 0.08% kepada 1.1759.

Laporan yang dikeluarkan pada hari ini, menunjukkan aktiviti sektor swasta zon eropah sedikit perlahan dalam bulan Oktober namun masih berkembang pada kadar yang stabil.

Matawang sterling menyusut apabila GBP/USD jatuh 0.33% kepada 1.3155 berikutan amaran oleh Jon Cunliffe (Timbalan Gabenor Bank of England) yang menyatakan jika pertumbuhan ekonomi U.K lemah maka akan ada ketidakpastian apakah bank akan meningkatkan kadar faedah pada bulan November.

Matawang New Zealand (kiwi) jatuh ke paras terendah dalam tempoh 5 bulan apabila NZD/USD jatuh 0.86% kepada 0.6906.

Matawang kiwi menyusut berikutan kekhuatiran pasaran terhadap polisi kerajaan yang akan dibentuk dapat mengurangkan pelaburan asing. Selain itu, pasaran juga khuatir apakah Reserve Bank of New Zealand akan mengekalkan kadar sekarang pada waktu yang lebih lama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat