UAE Dan Israel Semakin ‘Kamcing’

356

Menurut salah seorang menteri Israel, perdagangan tahunan antara Israel dan Emiriah Arab Bersatu dijangka mencapai mencecah $ 4 bilion dolar. Selain itu, kedua-dua buah negara itu telah mengumumkan pada bulan Ogos bahawa mereka akan memperkukuh hubungan diplomatik dalam kesepakatan yang dibahaskan oleh Washington.

Sebelum ini, UAE telah mengemukakan kenyataan bahawa akan memboikot ekonomi Israel. Oleh yang demikian, para pegawai dari kedua negara mengatakan bahawa mereka sedang meneroka peluang kerjasama dalam bidang pertahanan, tenaga, perubatan, pelancongan, teknologi dan pelaburan kewangan.

Di samping itu, sejumlah perniagaan Israel dan UAE didakwa telah menandatangani perjanjian sejak perancangan normalisasi diumumkan.

Menteri Perisikan Israel Eli Cohen mendedahkan bahawa dalam tempoh tiga hingga lima tahun perdagangan antara Israel dan Emiriah Arab Bersatu akan mencapai jumlah $ 4 bilion dolar.

Jurucakap Cohen, mantan menteri ekonomi Israel, mengatakan angka merupakan jumlah perdagangan tahunan dan merangkumi sektor pertahanan.

Baru-baru ini, syarikat penerbangan Israel, Israir, menyatakan bahawa mereka telah menempah slot untuk penerbangan komersial dari Tel Aviv ke UAE, sebagai persediaan untuk sektor pelancongan yang berpotensi.

Tambahan daripada itu, ketua 2 bank terbesar Israel didakwa akan berkunjung ke UAE pada bulan ini dan merupakan lawatan pertama sejak negara-negara itu bersetuju untuk menormalkan hubungan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat