Janet Yellen yang merupakan pilihan Presiden Joe Biden bagi jawatan setiausaha Perbendaharaan kini sedang berucap di Capitol Hill.
Yellen, bakal menjadi wanita pertama yang memegang jawatan ini dan beliau dijangka akan meminta penggubal undang-undang untuk menandatangani lebih banyak pakej rangsangan pandemik.
Berdasarkan testimoni awal yang diterima oleh CNN, Yellen mengatakan bahawa dalam keadaan kadar faedah yang rendah, tindakan yang paling bijak untuk dilakukan adalah mengumumkan pakej rangsangan dengan lebih besar.
Joe Biden pada minggu lalu telah mencadangkan salah satu pakej bantuan terbesar dalam sejarah – bernilai $ 1.9 trilion – dalam usaha menangani krisis ekonomi dan kesihatan.
Penggubal undang-undang telah meluluskan dana bantuan yang bernilai triliunan dolar di bawah Presiden Donald Trump bagi mengatasi krisis yang timbul disebabkan pandemik Covid-19. Namun ramai yang masih kehilangan pekerjaan dan berjuta-juta rakyat masih menganggur. Justeru, penganalisis, berpendapat perkara pertama setelah Biden sah menjadi Presiden ialah meningkatkan jumlah pakej rangsangan.
Penganalsis menjangkakan Yellen akan memilih US dolar yang lebih lemah bagi menjana ekonomi dalam sektor perdagangan. Saham US terus mencatat keuntungan dalam penantian laporan penuh.