Ucapan Powell Bakal Gegar Pasaran

862

US dolar berlegar berhampiran paras terendah untuk minggu pada Khamis ketika para pelabur mencari petunjuk dari Pengerusi Federal Reserve AS (Fed) bahawa bank pusat mungkin mengubah dasarnya untuk membantu meningkatkan inflasi.

Powell dijadualkan untuk berucap di acara tahunan Fed pada hari ini, yang biasanya berlangsung di Jackson Hole namun berikutan pandemik Covid-19 yang masih berterusan, ia bakal diadakan secara atas talian selama dua hari pada 27-28 Ogos.

Ketika ini, pelabur menjangkakan bahawa bank pusat AS akan memperkenalkan kerangka dasar baru untuk menangani inflasi yang rendah.

Menurut penganalisis, sekiranya Fed memberikan petunjuk yang kurang dovish daripada yang dijangkakan, dagangan matawang US dolar mungkin meningkat.

Pada sesi pasaran Asia, indeks dolar berbanding enam matawang utama didagangkan di sekitar harga 92.834 iaitu berhampiran tahap terendah bagi minggu ini walaupun diperlihatkan dengan bacaan data pesanan barang tahan lama yang positif.

US dolar didagangkan menyusut berbanding safe-haven yen, sementara fokus utama pasaran turut tertumpu pada sidang media Perdana Menteri Shinzo Abe yang dijadualkan pada hari Jumaat di tengah-tengah meningkatnya spekulasi mengenai tahap kesihatan beliau.

Sementara itu, euro didagangkan di tahap tertinggi bagi minggu ini dengan memaparkan sedikit penyusutan pada sesi Asia di sekitar paras harga 1.1830, manakala pound sterling pula menguat pada 1.3210 setelah meraih keuntungan 0.9% sejak awal minggu berbanding USD.

Selain itu, dolar Aussie dan dolar New Zealand juga memanfaatkan kelemahan US dolar dengan didagangkan lebih tinggi menjelang ucapan Powell.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat