Uh-Oh.. Pelabur Kripto Mula Bengang Dengan PayPal

894

Sudah dua minggu perkhidmatan kripto Paypal menembusi pasaran Amerika Syarikat (AS) tetapi timbul pula berita tidak menyenangkan yang dilaporkan oleh salah seorang pengguna platform itu.

Menurut laporan, PayPal telah menyekat akaun penggunanya selepas didapati melakukan banyak transaksi menggunakan platform tersebut dengan notifikasi “terdedah dengan risiko” dan tidak dibenarkan untuk menjalankan sebarang urusan lanjut.

Sekurang-kurangnya sebanyak 10 transaksi kripto telah dilakukan dalam tempoh seminggu dan setiap transaksi tersebut memerlukan penjelasan kepada platform itu.

Manakala, dana yang masih berbaki di dalam akaun berjumlah $462 telah diletakkan dalam pegangan 180-day.

Sebelum ini PayPal mengumumkan had pembelian di AS bagi seminggu berubah kepada $20,000 daripada jumlah asal, $10,000. Namun, tindakan PayPal terhadap transaksi yang dilakukan pengguna ternyata berbeza dengan pengumuman yang dilakukan tempoh hari.

Pengguna Reddit, Cryptix001 menjelaskan keadaan ini didorong oleh penawaran PayPal sebagai ‘bank kripto’ untuk menyimpan dan membelanjakan Bitcoin, bukan akaun dagangan.

Jika pengguna berterusan trade kripto, pihak mereka akan mengalami kerugian kerana kelebihan PayPal yang tidak mengenakan sebarang caj transaksi.

Bagaimanapun, berdasarkan pengalaman yang dilalui, nampaknya mungkin selepas ini peminat Bitcoin sudah tawar hati untuk membeli aset itu dari PayPal untuk mengelak kejadian sama berulang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat