Uish! Biar Betul GBP Meroket Lagi?

510

Matawang pound terus meningkat lebih tinggi pada sesi Eropah selepas diperlihatkan dengan penerbitan data inflasi UK yang menunjukkan peningkatan yang lebih baik daripada dijangkakan.

Inflasi tahunan UK meningkat 0.6% pada bulan Disember daripada 0.3% pada bulan sebelumnya, disokong oleh peningkatan dalam kos pengangkutan susulan pelonggaran sekatan perjalanan sementara.

Kadar inflasi telah berada di bawah sasaran 2% Bank of England (BOE) sejak pertengahan 2019 dan krisis pandemik Covid-19 telah mendorongnya hampir ke tahap sifar ketika ekonomi merosot.

Ketika penulisan, pound sterling didagangkan kukuh di sekitar paras harga 1.36900 dengan pergerakan menuju ke arah tahap tertinggi terbaru yang dicapainya pada minggu lalu pada 1.37100.

Selain itu, harga turut disokong oleh dolar greenback yang menyusut selepas pengucapan calon Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen mengenai langkah rangsangan lebih besar.

Di samping tumpuan terarah kepada pelantikan rasmi Presiden AS Joe Biden hari ini, fokus pasaran turut disasarkan kepada Gabenor Bank of England (BOE), Andrew Bailey yang dijangka akan berucap hari ini untuk memberi penerangan mengenai keadaan ekonomi semasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat