Ujian Peluru Berpandu Kali ke-9 Yang dilepaskan Oleh Korea Utara Membenam US Dollar Berbanding Yen

62

US Dollar didagang lebih rendah berbanding Yen pada Isnin selepas Korea Utara melepaskan ujian tembakan peluru berpandu balistik ke 9 sejak awal tahun ini sehingga memberi ancaman keamanan serantau khususnya terhadap Jepun, Amerika Syarikat dan China. Ujian ini dilaksanakan bagi meneruskan cita-cita Pyongyang bagi mencipta peledak peluru berpandu balistik.

USD/JPY menjunam sebanyak 0.05 peratus kepada 111.29 selepas ujian tersebut dilaksanakan awal Isnin, sementara AUD/USD menyusut sebanyak 0.04 peratus kepada 0.7444.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding matawang utama yang lain kali terakhir dinilai meningkat sebanyak 0.20 peratus kepada 97.33.

Pasaran China, Amerika Syarikat dan UK ditutup pada Isnin, namun Presiden ECB Mario Draghi akan menyampaikan ucapan dan memberi pandangan mengenai ekonomi serta perkembangan dasar monetari di hadapan Jawatankuasa Hal Ehwal Ekonomi dan Kewangan di Brussels.

Pelabur juga bakal memberi tumpuan kepada data laporan pekerjaan AS pada Jumaat bagi mendapatkan petunjuk terkini mengenai kenaikan kadar menjelang akhir tahun ini. Dalam zon Euro, pelabur menantikan data inflasi bulanan bagi menilai masa terbaik bagi ECB untuk menghentikan program pembelian asset secara besar-besaran.

Minggu lalu, US Dollar meningkat berbanding matawang utama pada hari Jumaat selepas data pertumbuhan ekonomi suku pertama disemak lebih tinggi.

Dalam sesi ini juga, Sterling telah menjunam ke paras terendah dalam tempoh satu bulan selepas jurang diantara kedua-dua pemimpin yang bakal bertanding sewaktu pilihanraya mengecil, sekali gus menambah kepada risiko politik di UK.

Pelabur sebelum ini yakin bahawa Perdana Menteri Theresa May akan menjamin kemenangan yang kuat dalam pilihanraya sekaligus mengukuhkan kekuasaan beliau di dalam rundingan Brexit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat