UK Bakal Berdepan Berjuta Kes Covid-19 Omicron?

1,001

Menteri Kesihatan UK, Sajid Javid menegaskan bahawa langkah sekatan terbaharu yang akan dilaksanakan adalah perlu untuk mengekang penularan varian coronavirus Omicron yang lebih luas.

Langkah ketat yang terkandung dalam ‘Plan B’ oleh kerajaan akan membantu Britain untuk mengelak daripada memperkenalkan penutupan (lockdown) pada bulan Januari.

Hal ini kerana, mereka telah mengenalpasti bahawa varian tersebut sangat cepat merebak, dan tidak mustahil menjelang akhir bulan ini jumlah jangkitan mencecah sehingga sejuta dalam komuniti di seluruh UK.

Selain itu, pihaknya juga jelas bahawa sekiranya data Covid-19 menunjukkan ke arah yang salah, ia boleh meningkatkan tekanan berganda buat Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS) UK.

Ekoran daripada itu, beliau menyeru kepada rakyat UK untuk mendapatkan vaksin penggalak memandangkan terdapat hasil kajian yang mengatakan ia mampu memberi perlindungan daripada varian Omicron.

Terdahulu, Perdana Menteri Boris Johnson telah mengumumkan akan menguatkuasakan beberapa langkah sekatan untuk membendung peningkatan Covid-19 yang mendadak di negara itu.

Bermula hari Jumaat, penutup muka akan diwajibkan di kebanyakan tempat awam tertutup, sementara mulai Isnin depan, rakyat dinasihatkan untuk bekerja dari rumah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat