UK Bakal Lancar Strategi Perjanjian Dagang Hari Ini – Boris Johnson Dikatakan Mungkir Janji?

256

Kerajaan Britain akan menerbitkan strategi rundingan perdagangan pasca Brexit mereka pada hari ini, manakala rundingan pertamanya dengan Kesatuan Eropah (EU) akan dimulakan pada Isnin depan.

Rundingan rasmi yang akan bermula di Brussels akan diketuai oleh Ketua Perunding Brexit EU, Michel Barnier bagi pihak EU, manakala delegasi dari UK pula akan diketuai oleh penasihat Perdana Menteri, iaitu David Frost.

Menerusi mandat rundingan yang akan diterbitkan hari ini, pejabat perdana menteri telah menyatakan dengan jelas bahawa ia tidak akan bersetuju dengan tuntutan EU supaya UK terus mematuhi peraturan Brussels sebagai balasan kepada perjanjian perdagangan bebas.

PM Johnson dikatakan akan memungkiri janji yang dipersetujui bersama EU pada Oktober lalu dengan menggantikan perjanjian pengeluaran Brexit dengan manifesto yang dijanjikan kepada rakyat Britain untuk menetapkan peraturan mereka sendiri.

Ketika penerimaan mandat EU pada Selasa, menteri-menteri EU memberitahu bahawa mereka bersedia untuk menawarkan kerjasama yang besar dan progresif dan menuntut persaingan yang adil daripada UK.

Terdahulu, ketika mereka mula memasuki fasa baru dalam proses Brexit, kedua-dua pihak dilihat mempunyai pandangan yang berbeza mengenai bagaimana hubungan masa depan mereka akan diaturkan.

PM Johnson sebelum ini berulang kali menyatakan pendiriannya untuk mendapatkan perjanjian gaya Kanada, namun perkara itu tidak dipersetujui oleh EU kerana bimbang perniagaan British akan mengurangkan pesaing mereka di Eropah.

Ini selari dengan kehendak EU yang ingin memastikan keseimbangan hak dan komitmen dalam perjanjian mereka.

Perjanjian perdagangan EU dan Kanada yang dirundingkan lebih dari tujuh tahun itu, dikatakan tidak sesuai untuk diadaptasikan kerana skala perdagangan mereka jauh lebih kecil jika dibandingkan antara UK dan EU.

Sementara itu, dalam kenyataan terbaru Michel Barnier, EU dikatakan bersedia untuk menawarkan kepada UK akses keutamaan ke pasarannya jika ia dapat memberikan jaminan bagi persaingan yang adil.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat