UK Bakal Tanggung Hutang Yang Tinggi Jika Berlaku No-Deal Brexit!

349

Defisit belanjawan Britain dijangka meningkat lebih dua kali ganda kepada kira-kira 100 bilion pound jika negara itu meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) pada 31 Oktober ini tanpa kesepakatan.

Institut Pengajian Fiskal (IFS) meramalkan pinjaman kerajaan akan meningkat kepada 92 bilion pound iaitu bersamaan dengan 4% pendapatan negara menjelang 2021/2021 serta turut menambah bahawa ekonomi tetap akan mengalami kemelesetan pada tahun 2020.

Usaha kerajaan untuk mengimbangi ekonomi selepas pengunduran daripada Kesatuan Eropah (EU) akan meningkatkan perbelanjaan awam dan menyebabkan hutang kerajaan ke tahap tertinggi dalam lebih separuh abad.

No-deal Brexit akan mendorong kepada rangsangan fiskal jangka pendek untuk menghentikan penguncupan ekonomi oleh kerajaan dan ini akan menyebabkan pinjaman tahunan akan mencecah 102 bilion pound.

Pada tahun kewangan 2018/19, defisit belanjawan Britain adalah 4.1 bilion pound daripada KDNK iaitu paling rendah sejak 2001 berikutan usaha kerajaan untuk mengurangkan defisit daripada mencapai tahap tertinggi semasa krisis kewangan pada tahun 2009.

Dalam jangka panjang, no-deal Brexit membawa maksud pengurangan perbelanjaan ke atas perkhidmatan awam atau kenaikan kadar cukai dan walaupun tanpa Brexit, Britain mungkin akan meningkatkan kadar cukai untuk membiayai kos pencen dan penjagaan kesihatan awam untuk golongan yang berusia.

Menteri Kewangan Sajid Javid mengumumkan perbelanjaan tambahan sebanyak 13.4 bilion pound untuk perbelanjaan awam pada bulan lepas menyebabkan kadar pinjaman meningkat. IFS menyimpulkan bahawa kerajaan perlu menunggu sehingga prospek Brexit lebih jelas sebelum menetapkan matlamat belanjawan jangka panjang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat