UK Buka Lembaran Baru Menjelang Tahun 2021! Apakah Yang Bakal Terjadi?

244

Pada hari ini, Perdana Menteri Britain Boris Johnson telah tampil berucap dihadapan parlimen. Beliau memuji para perunding yang mampu bertindak proaktif untuk menjayakan perjanjian perdagangan UK-EU.

Terkini, ahli parlimen dan pihak pentadbiran sedang membahaskan kesepakatan yang telah dipersetujui untuk diratifikasikan sebelum 1 Januari 2021. Sekiranya diluluskan, perjanjian perdagangan, yang disepakati antara UK dan EU pada malam Krismas, akan mula berkuatkuasa pada 1 Januari setelah berakhirnya tempoh peralihan Brexit pada 31 Disember.

Johnson telah membuat kenyataan bahawa, negara UK akan membukan lembaran baru dalam sejarah negara dengan berjaya mencapai persetujuan dalam perjanjian perdagangan yang bebas dan menegaskan kembali posisi Britain di mata dunia. Tambah Johnson, dengan rang undang-undang ini, UK akan menjadi rakan karib dan sekutu rapat EU.

Beliau juga menzahirkan rasa bangga dengan kemajuan yang dicapai kerana Uruguay mengambil masa hampir 8 tahun untuk mencapai persetujuan dan 5 tahun untuk EU mencapai persetujuan perjanjian perdagangan dengan Kanada, dan enam tahun dengan Jepun. Namun UK hanya memerlukan kurang dari satu tahun, ditambah pula dengan penularan pandemik.

Walaupun begitu, terdapat kritikan keras dalam kalangan pemain industri perikanan yang mengatakan bahawa mereka seolah-olah dikhianati dengan perjanjian tersebut kerana ia dapat memberi kesan yang lebih buruk.

Tumpuan pasaran kini tertumpu pada kelulusan dari dewan rakyat untuk dijadikan undang-undang sebelum 31 Disember 2020.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat