UK & Kesatuan Eropah Tidak Sehaluan Dalam Perjanjian Brexit?

478

Kesatuan Eropah dan UK dilaporkan tidak sependapat antara satu sama lain mengenai isu perjanjian perdagangan pasca Brexit pada hari Isnin dengan dengan Perdana Menteri Boris Johnson menegaskan bahawa dia tidak perlu mendaftar dengan peraturan blok.

UK hasratnya mahu merundingkan perjanjian perdagangan menjelang akhir tahun 2020, walaupun pemimpin-pemimpin EU berpendapat bahawa semakin jauh UK  menyimpang dari peraturan EU maka semakin kurang akses UK ke dalam pasaran EU.

Menurut Boris Johnson, “tidak ada keperluan bagi perjanjian perdagangan bebas untuk melibatkan penerimaan peraturan EU mengenai dasar persaingan, subsidi, perlindungan sosial, alam sekitar atau apa-apa yang serupa.

Setakat ini, Johson berpendapat untuk mengikuti contoh perjanjian seperti yang dicontohi oleh perjanjian Kanada dengan EU atau perjanjian EU dengan Australia. Kenyataan ini dikeluarkan semasa Johnson berucap di Dewan Painted, di Royal Naval College, Greenwich.

Sebelum ini, pemimpin perunding Brexit EU, Michel Barnier telah mengeluarkan kenyataan bahawa EU tidak akan sesekali berkompromi pada intergriti blok pasaran tunggal apabila ia dibangkitkan dalam rundingan kesepakatan perdagangan dengan UK.

Kata Barnier, EU tidak akan kompromi terhadap pasaran tunggal, ia tidak akan berlaku. Lanjut beliau, pasaran tunggal merupakan aset utama bagi pihak EU. Pasaran tunggal EU bertujuan untuk menjamin pergerakan yang bebas dalam barangan, modal, perkhidmatan dan buruh dalam EU. Dengan populasi lebih daripada 500 juta orang dan pengguna, nilai, nilai keanggotan pasaran tunggal dan pergerakan barangan dan perkhidmatan yang bebas dapat menjanan keuntungan kepada sektor perniagaan di blok tersebut.

Disisi lain Barnier berpendapat bahawa pihak EU akan membuat persediaan yang rapi jika tiada perjanjian yang dapat dimenterai dan dalam masa mereka akan mempertahankan perjanjian yang memberi manfaat kepada Kesatuan Eropah, rakyat jelata dan perniagaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat