UK Menjadi Negara Eropah Yang Mencatat Kematian Covid-19 Paling Tinggi!

381

UK kini menjadi negara Eropah yang mempunyai angka kematian rasmi tertinggi akibat jangkitan wabak Covid-19. Laporan terbaru menunjukkan UK mencatat lebih daripada 32,000 kematian sejak wabak tersebut menular di negara tersebut.

Data yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan UK pada hari Selasa menunjukkan bahawa 29,648 orang telah meninggal dunia akibat wabak Covid-19 di England dan Wales sehingga 24 April. Peningkatan kematian di Scotland dan Ireland Utara menjadikan angka kematian di UK meningkat kepada 32,313.

Sehingga kini, Itali telah mencatatkan 29, 079 kematian akibat Covid-19 berdasarkan data yang dikeluarkan oleh University Johns Hopkins. Secara tak langsung, ini telah menyebabkan UK menjadi negara yang paling teruk dijangkiti wabak Covid-19 di Eropah.

Disisi lain, satu tinjauan perniagaan pada hari Selasa menunjukkan ekonomi UK mempunyai kemungkinan untuk menuguncup 7% bagi suku tahunan berikutan langkah- langkah yang diambil oleh pentadbiran untuk menyekat penularan wabak Covid-19 pada bulan lalu.

Data menunjukkan penjualan bulanan kereta jatuh kepada paras terendah sejak tahun 1946 berikutan penutupan kedai dan pameran kenderaan. Indeks Tempahan Pengurus (PMI) IHS Markit untuk sektor perkhidmatan jatuh ke paras terendah yang dicatat pada tahun 1996 iaitu pada bacaan 13.4 pada bulan April.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat