UK Sah Berada Dalam Kemelesetan Ekonomi! Adakah Trend Ini Akan Berlarutan?

469

Angka awal yang dikeluarkan menunjukkan bahawa ekonomi UK menguncup sebanyak 20.4% pada suku kedua tahun 2020 berbanding sukuan sebelumnya berikutan langkah penguncian bagi mengekang penyebaran wabak COVID-19.

Walaupun KDNK (keluaran dalam negara kasar) meningkat sebanyak 8.7% pada bulan Jun disebabkan langkah penguncian telah dilonggarkan namun bulan sebelumnya seperti pada bulan April telah catat 20.4% pada bulan April.

Kejatuhan suku kedua adalah rekod terburuk dan mengikuti penguncupan 2.2% pada suku pertama. Bacaan awal ini hanya kurang sedikit daripada tinjaun Reuters yang menjangkakan sebanyak 20.5% penguncupan. Penguncupan dalam dua sukuan berturut-turut menunjukkan bahawa UK sedang berada dalam fasa kemelesetan ekonomi.

Sektor-sektor yang terdedah kepada sekatan kerajaan antara sektor yang mengalami penguncupan. Menurut Wakil Statistik Nasional ONS Statistik Ekonomi, Jonathan Athow bahawa ekonomi mula bertumbuh lebih pesat pada bulan Jun dengan kedai-kedai mula dibuka semula.

Sisi positif, pakar ekonomi menjangkakan bahawa ekonomi akan melonjak naik pada suku ketiga dengan syarat UK terhindar daripada penularan wabak Covid-19 gelombang kedua. Bank of England telah meramalkan lonjakan suku ketiga sebanyak 18%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat