UK Sedia Untuk Berundur Dari EU Tanpa Kesepakatan?

564

Matawang GBP meneruskan kejatuhan dan masih diperdagangkan pada paras terendah sejak Mac 2017 lalu. Dalam sesi dagangan Asia, matawang pound telah terjadi penyusutan yang signifikan dalam pergerakan matawang.

Hal ini telah menunjukkan persepsi pasaran bahawa kemungkinan UK akan berundur daripada kesatuan Eropah tanpa kesepakatan (no deal Brexit). Faktor ini terus menjadi faktor utama penyusutan matawang GBP sejak beberapa hari ini. Namun jika dilihat pada data lepas, matawang GBP sudah melemah sejak Boris Johnson dilantik sebagai Perdana Menteri secara rasmi.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Perdana Menteri UK, Boris Johson sedang menyiapkan pelan senario no deal Brexit pada 31 Oktober nanti berikutan Kesatuan Eropah masih menolak untuk berunding.

Hal ini betambah sulit apabila Pemimpin Eropah,Jean-Claude Juncker memberitahu Perdana Menteri Johnson bahawa perjanjian yang diutarakan oleh Theresa May adalah terbaik dan satu-satunya perjanjian untuk Berxit. Tambah, Junker EU akan melakukan analisis terhadap input-input yang diberikan oleh UK asalkan ia masih dalam skop perjanjian sebelum ini.

No-deal merupakan situasi yang paling dikhuatiri oleh pasaran pada tahun ini. Bank pusat Eropah (BoE) bahkan telah membuat jangkaan bahawa eknomi UK akan merundum dan akan mengalami kegawatan terburuk sejak perang dunia kedua.

Matawang GBP kini didagangkan pada paras 1.2161 berbanding US dolar dengan susut 0.46% setakat jam 10.30 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat