UK Tidak Berminat Untuk Menjayakan Rundingan Perdagangan Dengan EU?

469

Pada hari ini Ketua Perdagangan EU telah mengeluarkan kenyataan kontroversi bahawa tidak ada tanda-tanda bahawa UK ingin menjayakan rundingan perdagangan dengan Kesatuan Eropah dan seakan-seakan UK ingin menyalahkan sebarang kerugian pasca Brexit disebabkan impak penularan wabak Covid-19.

Perbincangan dalam rundingan menumpukan pada penetapan syarat perdagangan baru yang bermulah dari tahun 2021 iaitu tempoh peralihan Brexit berakhir. Rundingan pada bulan lalu masih belum mencapai apa-apa kemajuan.

Kedua-dua belah pihak setakat ini masih belum mencapai kata sepakat dalam tiga bidang utama ini iaitu jaminan persaingan yang adil, tadbir urus dan dasar perikanan.

Pesuruhjaya Perdagangan Eropah, Phil Hogan menyatakan walaupun terdapat keperluan mendesak untuk menjayakan rundingan ini namun kemajuan yang dicapai masih sangat perlahan dalam rundingan Brexit.

Tambah beliau, tidak ada tanda-tanda nyata bahawa rakan dagang UK berusaha sepenuhnya untuk menjayakannya. Beliau berharap beliau salah dalam hal ini.

Walaubagaimanapun, jurucakap Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menepis pernyataan Hogan mengenai pendirian UK dalam hal ini dengan mengatakan bahawa,”Kami berhadap dapat berunding secara konstruktif pada pusingan seterusnya bermula pada 11 Mei.”

Kedua-dua pihak sedang memasuki fasa rundingan penting, dengan dua rundingan pusingan dijadualkan sebelum akhir bulan Jun, di mana UK boleh meminta perpanjangan satu atau dua tahun tempoh rundingan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat