UK Tidak Serius Untuk Mencapai Perjanjian Perdagangan Dengan EU?

243

Pada bulan September ini merupakan detik penting antara Britain dan Kesatuan Eropah (EU). Perbincangan mengenai hubungan masa depan UK dan EU akan menjadi topik utama antara blok perniagaan tersebut namun sehingga kini UK tidak menunjukkan tekad yang mencukupi untuk mencapai perjanjian. Pandangan ini diutarakan oleh Menteri Michael Roth.

Roth mengeluarkan kenyataan ini sebelum pertemuan menteri luar bagi kedua blok tersebut yang akan dipengerusikan olehnya sejak Jerman memegang jawatan presiden untuk EU sehingga akhir tahun ini.

UK setakat ini masih ikut serta dalam setiap perbincangan bersamma EU sehingga tarikh akhir peralihan yang akan berakhir pada 31 Disember. Perjanjian tersebut mesti dicapai bagi mengelakkan impak buruk terhadap hubungan perniagaan dan logistik.

Setelah beberapa bulan bergelut dengan penualaran wabak Covid-19, UK telah mengumumkan agar sektor perniagaan dan rakyat UK bersedia untuk menghadapi tarikh akhir 31 Disember. UK telah melancarkan kempen “Permulaan Detik Baru Buat UK”.

Matawang GBP mengukuh berbanding US Dolar sebanyak 0.52% kepada paras bacaan 1.2613.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat