Ukraine Abadikan Kenangan Pahit Diserang Rusia Dalam ‘Muzium’ NFT

709

Kerajaan Ukraine bersetuju untuk lancarkan koleksi non-fungible token (NFT) yang memaparkan tragedi pencerobohan Rusia terhadap negaranya, sama seperti sebuah muzium.

Keputusan itu diumumkan sendiri oleh Menteri Transformasi Digital, Alex Bornyakov semalam.

Difahamkan setiap satu NFT akan mewakili berita-berita digital berdasarkan sumber yang dipercayai.

Penubuhan muzium NFT ini bersumberkan daripada sumbangan kepada kerajaan Ukraine dalam bentuk mata wang kripto yang mencecah lebih $100 juta.

Tidak cukup dengan itu, sumbangan tersebut turut digunakan untuk memberi jaket kalis peluru, bekalan makanan, ubat-ubatan, dan bekalan ketenteraan yang lain tidak termasuk senjata.

Koleksi NFT-seperti-muzium ini merupakan gantian kepada pelancaran airdrop yang dibatalkan oleh Ukraine secara tiba-tiba pada 3 Mac lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat