Ukraine ‘Deringkan Loceng’ Wall Street Untuk Kumpul Dana $400 Bilion

380

‘Ukraine dah mula nak bina semula ekonomi mereka, dah cukup kuat nanti mungkin boleh cabar Rusia pulak.’

Pada sesi Wall Street selepas cuti Labor Day, Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy dari jauh menderingkan loceng permulaan dagangan Amerika Syarikat (AS) dalam usaha untuk mengumpul dana bagi membina semula ekonomi negaranya.

Peristiwa bersejarah tersebut menyaksikan Zelenskiy muncul dalam video di belakang platform yang menghadap bangunan bursa New York Stock Exchange (NYSE), di mana loceng pembukaan dagangan AS biasanya dibunyikan.

Bersempena dengan tindakan tersebut, kerajaan Ukraine turut melancarkan lebih 500 projek untuk syarikat asing dan pelabur individu melabur bagi mengumpul $400 bilion untuk membina semula ekonominya.

Turut dapat dilihat dalam video yang ditayangkan adalah beberapa pelabur bertepuk tangan dan bersorak, berlatarbelakangkan sepanduk tertera: “We are free. We are strong. We are open for business.”

Mengulas lebih lanjut mengenai projek yang ditawarkan Menteri Ekonomi Ukraine, Yulia Svyrydenko menggariskan 10 sektor utama pelabur termasuk industri ketenteraan, tenaga, farmaseutikal, metaluri, kerja kayu dan logistik.

Jelas Svyrydenko lagi bahawa ekonomi Ukraine dijangka berkembang 15.5% pada 2023 dan bagi mencapai aspirasi tersebut mereka ingin membawa balik pelaburan langsung asing yang mencecah $6.7 bilion sebelum perang.

Selain itu, Ukraine difahamkan juga merayu bantuan antarabangsa sebanyak $5 bilion setiap bulan untuk memastikan ekonominya kekal berjalan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat